Tuesday 1 January 2013

Terjemahan di Malaysia

Salam Ukhuwwah..

Sedarkah saudara saudariku seperjuangan,
Bahawasanya kegiatan terjemahan di Malaysia kurang menggalakkan berbanding negara jiran.

Ayuh teman,
Bangkit segera
Demi memartabatkan aktiviti terjemahan di samping mampu menambahkan pengetahuan.

Keindahan Bahasa


Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa sentiasa digunapakai untuk tujuan komunikasi. Tanpa bahasa manusia tidak akan mampu untuk mencapai kemajuan. Dalam dunia terdapat pelbagai bahasa yang masing-masingnya melambangkan ciri-ciri dan keindahan sesuatu bangsa. Sebagai contoh di Malaysia bahasa yang digunakan ialah Bahasa Malaysia dan di Tanah Arab menggunakan Bahasa Arab. Hebatnya bahasa!