Saturday 9 March 2013

Kata-kata Mutiara Albert Enstein

"Everything should be as simple as it is, but not simpler."

"Segalanya harus sederhana seperti adanya, tetapi bukan lebih sederhana."


"God always takes the simplest way. "

"Tuhan selalu mengambil jalan yang paling sederhana."



"Before God we are all equally wise - and equally foolish."

"Dihadapan Tuhan kita semua setara bijaksananya dan setara bodohnya." 



"Any man who reads too much and uses his own brain too little falls into lazy habits of thinking."

"Manusia yang banyak membaca dan menggunakan otaknya begitu sedikit jatuh kedalam kebiasaan malas berfikir." 



"An empty stomach is not a good political adviser."

"Perut yang kosong tidak baik bagi penasihat politk."



Sumber:  fortive.blogspot

Doa Selepas Solat Dhuha






Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Sumber : Kitab Doa Harian

 
 
 
 
Maksud :

“ Keperluan Menambahkan Helah.”

 ) العِبْرَةُ وَالاِتِّعَاظُiktibar dan Pengajaran )

 المَرْءُ سَيَجْتَهِدُ فِي تَحْصِيلِ حَاجَتِهِ

Maksud : Seseorang itu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluannya.
 
Sumber : pbasmkps.blogspot

TERJEMAHANNYA:

SIAPA YANG BERUSAHA DIA BERJAYA

حديث النبي صلى الله عليه وسلم

وعنه رضي الله عنه عن النبي - صلى الله عليه وسلم – قال: ( مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ) رواه البخاري ومسلم


Daripada Nabi S.A.W- Baginda berkata- "Sesiapa yang membaca SubhanaLlahi Wabihamdih seratus kali sehari maka akan dihapuskan dosa-dosanya walaupun ia sebanyak buih di lautan "  (Hadis riwayat Bukahari dan Muslim)
 



Sumber: Islamiqa.info

Nasihat Imam Hasan Al-Basri Kepada Umar Abdul Aziz

اعلم يا أمير المؤمنين أن الله جعل الإمام العادل قوام كل مائل، وقصد كل جائر، وصلاح كل فاسد، وقوة كل ضعيف، ونصفة كل مظلوم، ومفزع كل ملهوف

والإمام العادل يا أمير المؤمنين كالراعي الشفيق على إبله، الرفيق الذي يرتاد لها أطيب المرعى، ويذودها عن مرات الهلكة، ويحميها من السباع، ويكنفها من أذى الحر والقر

، والإمام العادل يا أمير المؤمنين كالأب الحاني على ولده، يسعى لهم صغارا ويعلمهم كبارا، يكتسب لهم في حياته. ويدخر لهم بعد مماته

والإمام العادل يا أمير المؤمنين كالأم الشفيقة البرة الرفيقة بولدها، حملته كرها، ووضعته كرها، وربته طفلا، تسهر بسهره، وتسكن بسكونه، ترضعه تارة، وتفطمه أخرى، وتفرح بعافيته، وتغتم بشكايته

والإمام العادل يا أمير المؤمنين وصي اليتامى، وخازن المساكين يربي صغيرهم، ويمون كبيرهم

والإمام العادل يا أمير المؤمنين كالقلب بين الجوانح، تصلح الجوانح بصلاحه، وتفسد بفساده

والإمام العادل يا أمير المؤمنين هو القائم بين الله وبين عباده يسمع كلام الله ويسمعهم، وينظر إلى الله ويريهم، وينقاد إلى الله ويقودهم

فلا تكن يا أمير المؤمنين فيما ملكك الله كعبد ائتمنه سيده، واستحفظه ماله وعياله، فبدد المال، وشرد العيال، فأفقر أهله، وفرق ماله

واعلم يا أمير المؤمنين أن الله أنزل الحدود ليزجر بها عن الخبائث والفواحش، فكيف إذا أتاها من يليها؟ وأن الله أنزل القصاص حياة لعباده، فكيف إذا قتلهم من يقتص لهم؟

واذكر يا أمير المؤمنين الموت وما بعده، وقلة أشياعك عنده، وأنصارك عليه، فتزود له، ولما بعده من الفزع الكبر

واعلم يا أمير المؤمنين أن لك منزلا غير منزلك الذي أنت فيه، يطول فيه ثواؤك، ويفارقك أحباؤك، ويسلمونك في قعره فريدا وحيدا، فتزود له ما يصحبك يوم يفر المرء من أخيه، وأمه وأبيه، وصاحبته وبنيه

واذكر يا أمير المؤمنين إذا بعثر ما في القبور، وحصل ما في الصدور، فالأسرار ظاهرة، والكتاب لا يغادر صغيرة ولا كبيرة إلا أحصاها

فالان يا أمير المؤمنين وأنت في مهل، قبل حلول الأجل وانقطاع الأمل، لا تحكم يا أمير المؤمنين في عباد الله بحكم الجاهلين، ولا تسلك بهم سبيل الظالمين، ولا تسلط المستكبرين على المستضعفين، فإنهم لا يرقبون في مؤمن إلا ولا ذمة، فتبوء بأوزارك وأوزار مع أوزارك، وتحمل أثقالك وأثقالا مع أثقالك

ولا يغرنك الذين يتنعمون بما فيه بؤسك، ويأكلون الطيبات في دنياهم بإذهاب طيباتك في آخرتك. لا تنظر إلى قدرتك اليوم، ولكن انظر إلى قدرتك غدا، وأنت مأسور في حبائل الموت، وموقوف بين يدي الله في مجمع من الملائكة والنبيين والمرسلين، وقد عنت الوجوه للحي القيوم

إني يا أمير المؤمنين وإن لم أبلغ بعظتي ما بلغه أولو النهي من قبلي فلم آلك شفقة ونصحا، فأنزل كتابي إليك كمداوي حبيبه بسقيه الأدوية الكريهة، لما يرجو له في ذلك من العافية والصحة

والسلام عليك يا أمير المؤمنين ورحمة الله وبركاته

"Wahai Amirul Mukminin, Tuhan memberi amanah kepada khalifah untuk : meluruskan orang yang menyimpang, mengembalikan arah bagi yang berdosa, memperbaiki yang rosak, memberi kekuatan kepada yang lemah, menegakkan keadilan bagi yang zalim, menyedarkan yang lalai. 

Pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin, seperti penggembala yang penuh kasih sayang atas gembalaannya, yang mengiringnya ke tempat penggembalaan yang baik, menjauhkan dari bahaya yang mengancamnya, memeliharanya dari binatang yang buas, dan menjaganya dari panas terik dan hujan"

Pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin seperti ayah yang bertanggungjawab. Lembut terhadap anaknya. Bekerja untuk anak-anaknya saat masih kecil, mengajarkan mereka dan mengurus keperluan hidupnya dan menabung untuk mereka setelah matinya.

Pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin, seperti ibu yang lembut terhadap anaknya, mengandung dan melahirkannya dengan susah payah, mengasuhnya ketika kecil, ikut berjaga ketika anaknya bangun malam, dan ikut tenang ketika anaknya tenang. Suatu saat menyusuinya, pada saat yang lain melepaskannya. Merasa senang dengan kesihatannya dan rasa berduka dengan sakitnya.

Pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin, ialah yang menjaga anak yatim, bendahari kepada golongan miskin, memeliharanya semasa mereka kecil dan menyerahkannya setelah mereka dewasa.

Pemimpin wahai Amirul Mukminin, seperti hati dengan anggota badan.Anggota badan akan baik jika hatinya baik dan anggota badan akan rosak jika hatinya rosak.

Pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin adalah orang yang berdiri di antara Allah dan hambaNya, mendengar firman Allah dan memperdengarkannya, mengenal Allah dan memperkenalkannya, dipimpin Allah dan memimpin mereka. Jangan sampai engkau wahai Amirul Mukminin, seperti hamba yang diberi amanah Allah ibarat budak yang diberi amanah oleh majikannya tentang harta dan keluarga, kemudian menyia-nyiakan harta dan menghancurkan keluarga, membuat miskin anggota keluarga dan membuang harta benda.

Ketahuilah wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya, Allah menurunkan hudud (hukuman) agar menyedarkan orang dari perbuatan kotor dan keji. Bagaimana jika hal itu dilakukan oleh orang yang mesti menegakkannya? Dan Allah menurunkan qisas sebagai jaminan kehidupan bagi hambaNya, bagaimana jika yang memimpin melakukan pembunuhan yang mesti menegakkan qisas kepada mereka?

Wahai Amirul Mukminin, sentiasa ingat akan mati dan apa yang terjadi selepas mati. Ketika itu kamu tidak ada pembela selain amal ibadat kamu. Kerana itu, bersiap sedialah menghadapinya dan jadikan perkara itu masalah besar bagimu. Ingatlah pada hari di mana seseorang itu melarikan diri daripada saudaranya, ibu bapanya serta isteri dan anak-anaknya.

Wahai Amirul Mukminin, ketika dibongkarkan dari kubur, dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada, yang tersembunyi atau yang nyata, dan kitab ini  ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semuanya dihitungnya.

Wahai Amirul Mukminin, jangan kamu menghukum hamba Allah dengan hukuman orang yang jahil. Janganlah bawa mereka itu di jalan yang dilalui orang zalim. Jangan kamu beri kesempatan pada orang sombong yang berkuasa ke atas orang yang lemah.  

Wahai Amirul Mukminin, janganlah kamu memandang pada kedudukan kamu pada hari ini, tetapi pandanglah kedudukan kamu pada hari esok di mana kamu terbelenggu dalam cengkaman maut, kemudian berdiri di hadapan Allah di tengah kelompok para malaikat, para nabi dan rasul.

Akhir kata, wahai Amirul Mukminin Khalifah Umar bin Abdul Aziz, meskipun nasihat yang saya berikan ini tidak sebaik nasihat para cendikiawan, namun saya setulus hati sayang dan cinta kepadamu. Saya mengirim surat ini laksana orang yang memberikan ubat kepada kekasihnya, yang menuangkan ubat yang pahit dengan harapan orang yang dikasihinya sihat.


Selamat atasmu, wahai Amirul Mukminin, semoga Tuhan memberi rahmat dan berkatNya kepadamu. Amin."

 


Sumber: Abu AlFath.net, dakwatuna.com, aminmppfarmasi.blogspot

Friday 8 March 2013

Terjemahan Pemberian Langit




Seorang  petani berhenti rehat di tepi ladangnya, dia merenung ke arah tangkai gandum, tangkai yang condong dan bersinar, seperti ombak emas. Dan dia berasa takjub pada dirinya dan berkata:
-          Kalaulah bukan kerana tanganku yang kasar dan keras ini, takkan ada gandum yang sebegini  banyak!

Maka langit yang di atas tersenyum..

Berkata salah satu dari batang gandum:
-          Kami lebih berhak dapat pujian itu, asalnya kami bijirin yang kering, tertanam di dalam tanah, kami serap makanan dari dalam tanah, dan kami tembusi tanah itu, maka tumbuhlah kami sedikit demi sedikit sehingga kami besar, dan bercambah setiap satu biji keluar 100 tangkai darinya..

Dan langit yang di atas pun tersenyum..

Berkatalah tanah:
-            Aku yang lebih utama, aku yang jaga biji benih itu sejak kecil lagi, aku beri dia makanan sehingga dia besar, kalaulah bukan kerana aku, takkan hidup biji benih itu dan takkan kenyang lah petani itu!

Dan langit di atas tersenyum lagi.

            Pada tahun berikutnya, sungguh subur, hujan tidak turun, panas terik, kemarau telah melanda dan merebak..sedihlah bumi yang gersang, bibir yang dahaga pun ikut kering (merekah).

            Biji benih tadi sedih, dalam kegelapan tanah,takut mimpi-mimpi indah akan mati, dan tidak nampak cahaya.

            Petani turut sedih akan kehilangan usahanya dan merasa belas kasihan terhadap anak-anaknya yang tidak berdaya.

            Dan sedih juga langit yang penuh kasih sayang untuk mereka semua, maka menurunkan ke bumi, awan yang dermawan, membawa hujan dan juga kegembiraan..




        وقف الفلاح، على طرف حقله، يرنو إلى سنابل القمح، وهي تميل وتلمع، كأمواج من ذهب، فانتشى إعجابا بنفسه، وقال :
        - لولا كفاي الخشنتان، لما كان هذا القمح الوافر!
        فابتسمت السماء في العلاء ...
        قالت إحدى السنابل :
        - نحن أولى بالفضل، كنا حبوبا يابسة، مدفونة في التراب، فامتصصنا الغذاء، وشقفنا التراب، وصرنا ننمو، شيئا فشيئا، حتى كبرنا، وأنبتت كل حبة، سنبلة فيها مئة حبة!
        وابتسمت السماء في العلاء...
        قالت الأرض:
        - أنا صاحبة الفضل، احتضنت البذور صغيرة، وأرضعتها حتى صارت كبيرة، فلولا ترابي، لما نبت قمح، ولا شبع فلاح!
وابتسمت السماء في العلاء.
وجاءت السنة التالية، شديدة مجدبة، فانقطع المطر، واشتد الحر، وانتشر الجفاف .. حزنت الأرض القاحلة، ويبست شفاهما الظامئة..
حزنت البذور، في ظلمة التراب، وخافت أن تموت أحلامها، ولا ترى النور.
حزن الفلاح على جهده الضائع، وأشفق على عياله البائسين.
وحزنت السماء الرحيمة على الجميع، فأرسلت إلى الأرض، سحبا سخية، تحمل الأمطار والأفراح..

Kisah Serigala dan Anjing 2 Versi



الذئب و الكلاب

كانت الاغنام, تسوم في المرعى, وادعه امنة, لا تخاف من الذئب , اذ كان ثلاثة من الكلاب......
وكان الراعي الطيب , يجلس في ظل ظليل تحت شجرة وارفه يعزف الحانا شجية تهفو لها الاغصان وتهيم بها الانسام......
وفي هذه الاثناء كان  ذئب مخاتل يرصد الاغنام خلسة  ويلتقت الى الكلاب فلا يجرؤ على الاقتراب....
وفجأه.....
ابصر الكلاب تقتتل وقد انشغل بعضها ببعض.......
ضحك الذئب مسرورا وقال في نفسه:
الان امكنتني الفرصة!
واقترب الذئب من القطيع فشاهد نعجة قاصية فوثب عليها سريعا وانشب انيابه فيها .....
اخذت النعجة تثغو و تستغيث......
سمع الكلاب الثغاء الاليم فكفوا عن القتال وتركوا الخصام  والخلاف وانطلقوا جميعا الى الذئب وحينما راهم مقبلين طار فؤاده ذعرا فافلت النعجة وانسل هاربا لا يلوي على شىء...




                  
SEEKOR SERIGALA DENGAN BEBERAPA EKOR ANJING

Terdapat sekumpulan kambing yang sedang meragut rumput di padang rumput, dengan damai dan tenang, kambing-kambing itu tidak merasa takut dengan serigala kerana terdapat tiga ekor anjing yang sedang menjaganya…
Dan di situ terdapat seorang pengembala kambing yang baik hati yang sedang duduk  di bawah bayangan pokok yang redup dan rendang, sedang meniup seruling dengan  mengalunkan sebuah lagu yang sedap didengar,  dan dahan pokok  di situ juga turut meliuk lentuk dengan kemerduan alunan bunyi itu..
Dan pada ketika ini, terdapat seekor serigala yang sedang mengendap dan mengintip kambing-kambing tersebut, dan serigala itu turut terpandang ke arah beberapa ekor anjing, maka takutlah sang serigala untuk mendekati dan menghampiri kambing-kambing itu..
            Dan tiba-tiba..
Serigala melihat anjing-anjing tersebut bergaduh sesama sendiri, tanpa mengendahkan apa yang berlaku disekelilingnya..
            Maka ketawalah sang serigala dengan gembira dan berkata pada dirinya..
Sekarang inilah peluang aku!
Maka sang serigala mendekati  kawanan kambing itu, dia terlihat seekor kambing betina yang duduk bersendirian, maka sang serigala terus  menerkam dengan laju kearahnya, dengan membenamkan gigi ke atas badan kambing betina tersebut, meronta-rontalah kambing betina itu kerana kesakitan, lalu menjerit meminta pertolongan..
Terdengarlah anjing-anjing itu akan jeritan sayu tersebut, lalu berhenti bergaduh dan dan melupakan persengketaan sesama mereka, dan  semuanya berlari ke arah serigala tersebut, dan ketika melihat anjing-anjing itu menghampiri kearahnya, sang serigala hatinya tawar dan ketakutan, maka dia segera melepaskan kambing betina itu dan terus berlari menyelamatkan diri, tanpa mempedulikan apa-apa pun yang berlaku..