Malam Kedua
Malam kembali datang. Syahrazad, Dunyazad, dan Raja
Syahrayar telah duduk di satu meja."Wahai kakakku, sambunglah cerita
kakak yang semalam," Dunyazad kelihatan tidak sabar mengatakan itu
kepada kakaknya."Baik, akan tetapi aku baru akan melanjutkan ceritaku atas
izin dari bagindaraja," jawab Syahrazad. "Lanjutkan ceritamu,"
ujar Raja Syahrayar. Syahrazad pun melanjutkan kisahnya.
Ketika si syeikh melihat tangisan anak sapi yang dibelinya, muncul
rasa hiba di dalam hatinya. Lalu berkata kepada penjual sapi, "Peliharalah
sapi ini bersama haiwan peliharaanmu yang lain."Jin yang mendengar
kisah itu terkejut. Kemudian syeikh pemilik kijang itu melanjutkan ceritanya,
"Semua kejadian itu terjadi di depan mata isteri hamba. Dan dia terus
mendesak hamba agar anak sapi itu disembelih sahaja, karena anak sapi itu gemuk
dan untuk menyembelihnya sebenarnya tidak terlalu susah. Isteri hamba itu
lalu meminta agar penjual sapi itu mengambil anak sapi yang hamba pesan.
Pada
keesokan harinya, ketika hamba sedang duduk-duduk di rumah, datanglah si
penjual sapi seraya bertanya, "Tuan, apakan tuan mengizinkan saya untuk
menyampaikan sesuatu hal yang pasti akan membuat tuan senang?”. "Tentu!"
jawab hamba. Si penjual sapi itu lalu
memulakan ceritanya, "Saya memiliki seorang puteri yang mempelajari ilmu
sihir sejak kecil. Semalam, ketika tuan meminta saya membawa pulang anak sapi
yang tuan pesan, saya membawa sapi itu kehadapan puteri saya itu. Anehnya,
ketika puteri saya melihat anak sapi itu, puteri saya menundukkan wajahnya. Dia
menangis sebentar dan kemudian tertawa. Dengan wajah merah padam kerana malu,
puteri saya berkata kepada saya, “Ayah, mengapa ayah membuatku malu dengan
membawa seorang pemuda asing ke hadapanku”. Saya kehairanan dengan perkataan
puteri saya itu dan bertanya padanya di mana pemuda yang dia maksud, dan
mengapa dia menangis lalu tertawa.
Puteri
saya lalu memberitahu bahawa anak sapi yang saya bawa itu sebenarnya adalah
anak tuan yang telah disihir bersama ibunya oleh isteri pertama ayahnya. Hal
itulah yang membuatnya tertawa. Sedangkan hal yang membuat dia menangis adalah
kejadian tragis yang menimpa ibu sapi yang harus tewas di tangan ayahnya
sendiri yang menyembelihnya. Tak sabar rasanya saya menunggu pagi datang
untuk segera memberi tahu tuan tentang perkara ini". "Wahai Jin Ifrit,
ketika hamba mendengar pertuturan si penjual sapi itu, hamba terus pergi
bersama si penjual sapi itu ke rumahnya. Fikiran hamba melayang-melayang kerana
kegembiraan yang meluap-luap. Sesampainya hamba di rumah si penjual sapi, puteri
si penjual sapi terus menyambut kedatangan hamba. Dia mencium tangan hamba, sementara
putera hamba yang menjadi anak sapi terus menyandarkan kepalanya ke tubuh
hamba.""Benar, anak sapi itu memang putera tuan," ujar puteri
penjual sapi itu kepada hamba. Hamba lalu berkata padanya, "Nak, jika kau
dapat menyelamatkan puteraku, aku akan memberikan harta dan haiwan ternakan
yang banyak kepadamu". Puteri penjual sapi itu hanya tersenyum,
kemudian ia berkata, "Tuan, saya tidak bersedia menerima semua pemberian
Tuan kecuali dengan dua syarat. Syarat pertama, Tuan harus bersedia menikahkan
saya dengan putera Tuan. Dan syarat yang kedua, izinkan saya untuk menyihir dan
memenjarakan orang yang telah menyihir putera Tuan, karena jika tidak demikian,
saya khuawatir orang itu akan berbuat jahat kepada saya.
"Wahai Jin Ifrit, ketika hamba mendengar pertuturan puteri
si penjual sapi itu, hamba pun berkata padanya, “Baik, aku akan memberikan
kepadamu harta yang banyak dan aku halalkan darah isteri pertamaku
yang jahat itu.” “Setelah puteri si penjual sapi itu mendengar perkataan
hamba, dia lalu mengambil cawan yang diisinya dengan air sehingga penuh.
Setelah membacakan mantera, puteri penjual sapi itu menyiramkan air mantera itu
ke tubuh putera hamba yang masih dalam keadaan anak sapi seraya berkata,
"Jika Allah memang menciptakanmu sebagai seekor sapi, tetaplah kau sebagai
sapi. Akan tetapi jika engkau adalah seekor sapi hasil perbuatan sihir,
kembalilah ke bentuk asalmu dengan izin Allah!"
Setelah
puteri si penjual sapi itu selesai membacakan doa, tiba-tiba anak sapi itu
berubah menjadi manusia. Hamba pun langsung memeluk putera hamba yang telah
berubah bentuk. "Demi Allah, ceritakan pada ayah semua yang telah
dilakukan oleh ibu tirimu terhadap dirimu dan ibumu," kata hamba. Panjang
lebar putera hamba menceritakan semua kejadian yang menimpa dirinya dan ibunya.
Setelah mendengar cerita putera hamba, hamba berkata kepadanya, "Wahai puteraku,
sebenarnya ketetapan Allah-lah yang telah menyelamatkanmu". "Wahai
Jin Ifrit, setelah itu hamba pun menikahkan putera hamba dengan puteri si
penjual sapi. Sedangkan isteri pertama hamba yang jahat telah diubah bentuknya
menjadi seekor kijang yang sekarang hamba bawa ini. Setelah peristiwa itu,
hamba berjalan ke tempat ini dan tanpa sengaja, bertemu dengan orang-orang ini.
Hamba memang berniat untuk tetap di sini karena hamba ingin melihat gerangan
apakah yang akan terjadi. Demikian cerita hamba". Jin Ifrit itu lalu
berkata, "Sungguh ceritamu tadi adalah cerita yang menakjubkan. Oleh sebab
itu, aku gugurkan sepertiga dari hukumanku terhadap pedagang kaya yang telah
membunuh anakku itu."
Setelah
mendengar ucapan jin itu, syeikh yang membawa dua ekor anjing pemburu
berdiri dan berkata kepada sang jin, "Wahai Jin Ifrit, ketahuilah bahawasanya
kedua anjing yang hamba bawa ini sebenarnya adalah saudara kandung hamba. Pada
suatu ketika, orang tua kami meninggal dunia dengan meninggalkan wang tiga ribu
dinar. Hamba menggunakan wang pusaka itu untuk membuka sebuah kedai, sedangkan
saudara hamba pergi untuk berdagang. Setelah setahun ia pergi, saudara hamba
itu kembali tanpa membawa apa-apa. Hamba bertanya padanya, “Wahai saudaraku,
bukankah aku telah mengatakan padamu untuk tidak pergi ke mana-mana?” Mendengar
perkataan hamba, saudara hamba itu hanya menangis sambil berkata, “Wahai
saudaraku, sesungguhnya Allah telah menetapkan nasib seperti ini kepadaku, maka
tak ada gunanya kau berkata seperti itu kepadaku, kerana aku sudah tidak
memiliki apa-apa lagi.” Kerana merasa kasihan, hamba pun mengajak saudara hamba
itu ke kedai hamba.
Kemudian
hamba memintanya untuk mandi dan hamba beri dia pakaian yang indah. “Saudaraku,
bagaimana jika kau ikut ke kedaiku untuk mengira keuntungan yang kuperolehi
beberapa tahun ini. Aku akan memberimu sebahagian dari keuntungan yang aku
dapatkan,” kata hamba padanya. Setelah itu, hamba mula mengira keuntungan yang
hamba peroleh dari hasil jualan di kedai yang hamba miliki. Jumlahnya ternyata
mencapai dua ribu dinar. Hamba sungguh bersyukur kepada Allah dan hamba juga
gembira atas keuntungan yang besar itu. Setelah itu, hamba berikan sebahagian dari
keuntungan yang hamba miliki kepada saudara hamba itu. Selama beberapa hari saudara
hamba itu tinggal di rumah hamba.
Beberapa
lama kemudian, kedua orang saudara hamba meminta hamba untuk pergi bersama
mereka. Hamba menolak permintaan mereka berdua. Hamba katakan kepada mereka, “Apa
yang akan kalian lakukan dalam perjalanan kalian, sehingga aku juga harus ikut
serta?” Akan tetapi kedua orang saudara hamba itu terus mendesak hamba untuk
ikut, dan hamba pun tetap bertenang. Hamba bersama dua orang saudara hamba itu
kembali melanjutkan usaha di kedai yang hamba miliki. Satu tahun berlalu. Kedua
orang saudara hamba itu kembali meminta hamba untuk ikut pergi bersama mereka.
Dan hamba pun terus menolak permintaan mereka. Dan akhirnya, setelah enam tahun
berturut-turut kedua orang saudara hamba itu terus meminta hamba untuk ikut
pergi, hamba pun bersedia untuk ikut pergi bersama mereka. Tetapi, sebelum
berangkat hamba mengatakan kepada mereka bahawa hamba ingin mengira terlebih
dulu keuntungan yang diperolehi dari kedai hamba selama enam tahun ini. Kami
bertiga kemudian mengira keuntungan yang diperolehi dari kedai hamba.
Alhamdulillah.
Jumlahnya mencapai enam ribu dinar. Pada saat itu hamba mencadangkan kepada
kedua saudara hamba, Bagaimana jika kita tanamkan setengah dari
keuntungan ini di dalam tanah, agar kita dapat menggunakannya ketika kita perlukan
sesuatu. Dan masing-masing kita dapat mengambil seribu dinar. ''Alangkah
bagusnya cadangan itu,' kedua saudara hamba bersetuju dengan cadangan hamba
itu. Sesudah itu, hamba segera membahagi dua keuntungan yang hamba perolehi.
Bahagian pertama yang sebanyak tiga ribu dinar, hamba tanamkan di dalam tanah. Sedangkan
yang tiga ribu dinar lagi hamba bahagikan kepada kami bertiga dengan bahagian
masing-masing sejumlah seribu dinar. Wang itu kami gunakan untuk membeli
beberapa barang dagangan, dan sebuah kapal yang akan kami gunakan untuk
mengangkut barang dagangan kami.
Setelah
mengharungi lautan selama satu bulan, akhirnya kami pun tiba di sebuah kota
untuk menjual barang-barang dagangan yang kami bawa. Ternyata, dari hasil jualan
yang kami lakukan di kota itu, kami mendapat keuntungan sepuluh kali ganda.
Atau dengan kata lain, dari setiap dinar yang kami jadikan modal, kami berjaya
mendapatkan keuntungan sebanyak sepuluh dinar. Ketika kami ingin bertolak
pulang, kami berjumpa dengan seorang perempuan di tepi pantai. Perempuan itu
menghampiri hamba dan mencium tangan hamba sambil berkata, “Wahai tuan, apakah
tuan bersedia memperlakukan hamba dengan sopan dan baik, untuk kemudian hamba
akan memberi balasan atas perbuatan itu?” “Tentu,” jawab hamba. Perempuan
itu lalu berkata lagi, “Wahai tuan, nikahilah hamba dan bawalah hamba ke negeri
tuan, kerana sebenarnya hamba telah menyerahkan jiwa raga hamba kepada tuan.
Lakukanlah hamba dengan sopan dan baik, kerana sesiapa pun yang memperlakukan
hamba dengan cara demikian pasti akan mendapatkan balasan atas perbuatannya
itu. Janganlah tuan tertipu oleh keadaan hamba.” Demi mendengar perkataan
perempuan itu, muncullah rasa hiba di dalam hati hamba kerana teringat perintah
Allah s.w.t. Hamba akhirnya membawa perempuan itu pulang. Di sepanjang
perjalanan, hamba selalu memberi perempuan itu pakaian dan hamba melayan dia
dengan baik. Hamba juga selalu menolong dan memuliakannya.
Di
tengah perjalanan yang kami lalui itulah di dalam hati hamba terbit rasa cinta
yang menggelegak terhadap perempuan itu, hingga hamba rasa tidak ingin berpisah
dengannya baik di waktu siang mahupun di waktu malam. Sunggguh, hamba telah menjadi
gila bayang. Perempuan itu telah memberikan perhatian hamba dari kedua orang
saudara hamba, sehingga hamba tidak mengetahui bahawa ternyata kedua orang
saudara hamba itu mulai merasa iri hati dan dengki terhadap hamba kerana hamba
memiliki harta yang amat banyak. Dalam diam-diam, mereka berdua mulai mencuri
harta hamba, dan kedua mereka telah merancang pembunuhan atas diri hamba, agar
mereka dapat menguasai seluruh harta yang hamba miliki. Apalagi syaitan memang terus
meniupkan angin kejahatan kepada kedua orang saudara kandung hamba itu.
Akhirnya
pada suatu malam, kedua orang saudara kandung hamba itu datang kepada hamba
yang sedang terlelap tidur bersama isteri hamba. Mereka pun mengangkat
tubuh hamba dan kemudian mereka melemparkan hamba ke laut. Ketika isteri hamba
bangun dari tidurnya dan mengetahui apa yang menimpa diri hamba, muncullah
perasaan sangat marah, dan dia terus berubah menjadi bentuknya yang asli, iaitu
jin. Isteri hamba yang ternyata adalah jin betina itu terus mengangkat hamba
dari laut dan kemudian membawa hamba untuk diselamatkan di sebuah pulau.
Sebentar kemudian dia menghilang, lalu kembali keesokan paginya. Isteri hamba
berkata, “Aku adalah isterimu. Akulah yang telah mengangkatmu dari laut dan
menyelamatkanmu dari pembunuhan atas keizinan Allah s.w.t. Ketahuilah suamiku,
bahawa aku adalah jin. Dulu aku melihatmu dan langsung jatuh cinta padamu.
Aku adalah jin yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Aku
mendekatimu dengan keadaan seperti yang kau lihat ketika itu, dan kau pun menikahiku.
Inilah keadaanku yang sebenarnya. Aku telah menolongmu sehingga kau tidak
tenggelam di laut, dan aku benar-benar marah kepada kedua saudaramu, sehingga
aku pasti akan membinasakan mereka berdua”, panjang lebar isteri hamba
menuturkan perkara yang sebenarnya.
Ketika
hamba mendengar kata-kata isteri hamba itu, hamba benar-benar terkejut. Dan
hamba sangat berterima kasih padanya atas apa yang dilakukannya. Hamba kemudian
berkata padanya, “Isteriku, janganlah kau bunuh kedua orang saudaraku”.
Dan kemudian hamba juga menceritakan padanya persetujuan yang telah hamba
lakukan dengan kedua orang saudara hamba yang jahat itu. “Baik, kalau begitu malam ini juga aku akan terbang untuk
menenggelamkan kapal yang ditumpangi oleh saudara-saudaramu, agar keduanya tenggelam,”
ujar isteri hamba. “Demi Allah, jangan kau lakukan itu isteriku! Karena ada
orang bijak yang berkata,
“Duhai
orang baik, biarlah orang jahat menelan kejahatannya sendiri.”
“Bagaimanapun, mereka berdua tetaplah saudaraku,” ujar hamba. “Tetapi,
mereka tetap harus dibunuh,” desak isteri hamba. Mendengar desakan itu, hamba
kembali meminta agar isteri hamba yang jin itu dapat mengasihani kedua orang
saudara hamba. Akhirnya, dia membawa hamba terbang pulang ke rumah hamba. Hamba
kemudian diletakkan di halaman rumah. Dan kemudian hamba membuka pintu gerbang
untuk menggali wang yang hamba tanam. Hamba juga kembali membuka kedai
hamba setelah hamba membeli barang-barang untuk dijual.
Setelah malam tiba, hamba pulang ke rumah. Pada saat itulah hamba bertemu
kedua anjing ini dalam keadaan terikat di dalam rumah. Ketika kedua anjing itu
melihat hamba datang, keduanya terus berdiri dan menggesel kepada badan hamba
sambil menangis. Entah apa yang hamba rasakan waktu itu. “Kedua anjing itu
adalah saudara-saudaramu,” tiba-tiba terdengar suara isteri hamba. “Siapakah
gerangan yang telah melakukan perbuatan ini?” tanya hamba. Aku mengirimkan
kedua saudaramu kepada salah seorang saudara perempuanku. Dialah yang telah
menyihir keduanya menjadi keadaan mereka yang sekarang. “Pengaruh sihir atas
kedua saudaramu itu akan hilang setelah sepuluh tahun,” ujar istri hamba. Oleh
sebab itulah, hamba pergi untuk menemui saudara perempuan isteri hamba itu agar
kedua orang saudara hamba ini benar-benar dapat kembali menjadi manusia setelah
sepuluh tahun.
Namun rupanya di tengah perjalanan hamba bertemu dengan si pedagang
kaya ini yang telah menceritakan persoalan yang menimpanya. Maka hamba lalu
bertekad untuk tidak meninggalkannya,sampai hamba tahu apa yang akan terjadi
antara kamu (jin) dengan dirinya. Demikian kisah hamba. Si raja jin lalu
berkata, "Sungguh ceritamu tadi adalah cerita yang menakjubkan. Oleh sebab
itu aku gugurkan sepertiga dari hukumanku terhadap pedagang kaya ini.
Setelah mendengar ucapan jin itu, syeikh yang membawa keldai berkata
kepada sang jin, "Wahai Jin Ifrit, bersediakah kamu mengizinkan hamba untuk
menceritakan kepada kamu sebuah cerita yang lebih menakjubkan daripada kedua
cerita yang telah dituturkan kedua orang teman hamba ini. Dan sebagai ganjarannya,
hamba memohon pengampunan tuan atas sepertiga hukuman yang harus dipikul oleh
pedagang ini.""Ya, aku bersedia," jawab jin itu. Syeikh pemilik
keldai memulakan ceritanya."Wahai Paduka Sultan yang memimpin kaum jin,
ketahuilah bahwa keldai ini sebenarnya adalah isteri hamba sendiri. Pada suatu
ketika, hamba pergi meninggalkan isteri hamba ini selama sepanjang satu tahun.
Setelah genap satu tahun, pada suatu malam, hamba kembali pulang ke rumah.
Namun malang bagi hamba, karena sesampainya di rumah hamba mendapati isteri
hamba sedang bersandiwara dengan salah seorang budak. Keduanya asyik
bercanda sambil bersukaria, bahkan kadang mereka saling berciuman. Demi melihat
kedatangan hamba yang tiba-tiba, isteri hamba terus mendekati hamba sambil
membawa sebuah gayung berisi air. Setelah membacakan sebuah mantera ke dalam
gayung, isteri hamba itu kemudian menyiramkan air yang dibawanya ke tubuh hamba
seraya berseru, “Berubahlah kau menjadi anjing!” Seketika, tubuh hamba berubah
menjadi anjing. Isteri hamba lalu mengusir hamba dari rumah.
Dalam bentuk seekor anjing, hamba terus menyusuri jalan, sampai
akhirnya hamba tiba di sebuah gerai seorang penjual daging. Di gerai itu hamba
makan beberapa potong tulang. Ketika si penjual daging pemilik gerai itu
melihat hamba, dia pun membawa hamba ke rumahnya. Sesampainya di rumah si
penjual daging, puteri si penjual daging itu melihat hamba dan berkata, “Mengapa
ayah membawa seorang lelaki asing ke dalam rumah, dan membiarkannya masuk ke hadapanku?”
“Lelaki apa yang kau maksud?” Tanya si penjual daging kepada puterinya. Puterinya
menjawab, “Sebenarnya anjing yang ayah bawa itu adalah seorang lelaki yang
telah disihir oleh seorang perempuan. Dan aku sanggup mengembalikan dia ke bentuknya
yang asal.” Setelah berkata demikian, puteri si penjual daging itu
mengambil sebuah gayung berisi air sambil membaca sebuah mantera. Kemudian dia
memercikkan sebagian air yang sudah dimanterai itu ke tubuh hamba sambil
berseru, “Kembalilah ke wujudmu yang semula!”
Seketika hamba pun kembali berubah wujud menjadi manusia. Hamba
lalu mencium tangan puteri si penjual daging itu dan memintanya untuk
menyihir isteri hamba sebagai balasan atas perbuatannya terhadap diri
hamba. Puteri si penjual daging itu kemudian mengambil sebagian air yang
sudah dimantera tadi dan menyerahkannya kepada hamba. Dia berkata, “Percikkanlah
air ini ke tubuh isteri Bapak ketika dia sedang tidur. Maka dia akan berubah
wujud menjadi binatang apa pun yang Bapak kehendaki,” ujarnya.Sambil membawa
air mantera dari puteri si penjual daging, hamba pulang ke rumah. Kebetulan,
ketika hamba sampai di rumah, ternyata isteri hamba sedang tidur. Tanpa pikir
panjang, hamba langsung memercikkan air mantera yang hamba bawa ke tubuh isteri
hamba seraya berkata, “Berubahlah kau dari keadaanmu yang sekarang menjadi
wujud seekor keldai!” Inilah dia isteri hamba, wahai sultan para jin dalam
wujudnya sebagai keldai." Mendengar kisah dari syeikh tersebut, sang
jin merasa sangat senang sehingga dia bersedia menggugurkan sepertiga hukuman
yang akan dijatuhkannyakepada si pedagang kaya.
Tanpa terasa, pagi telah datang. Syahrazad mengakhiri ceritanya. "Duhai,
indah nian cerita yang kakak tuturkan malam ini," Dunyazad memuji kakaknya.Syahrazad
berkata, "Tetapi cerita ini belum apa-apa dibandingkan cerita
yang akan kakak ceritakan padamu besok malam, itu pun seandainya kakak
masih hidup, dan raja berkenan memberi izin kepada kakak," ujar
Syahrazad. Raja Syahrayar yang kejam hanya diam, meski di dalam hati ia
berbisik, "Demi Allah aku tidak akan membunuh perempuan ini sebelum
mendengar sebuah cerita lagi darinya. Raja Syahrayar berlalu, masuk ke dalam
istananya. "Malam berlalu. Pagi datang. Untuk kedua kalinya
Syahrazad berhasil selamat.
No comments:
Post a Comment