الذئب و الكلاب
كانت الاغنام, تسوم في المرعى, وادعه امنة, لا تخاف
من الذئب , اذ كان ثلاثة من الكلاب......
وكان الراعي الطيب , يجلس في ظل ظليل تحت شجرة
وارفه يعزف الحانا شجية تهفو لها الاغصان وتهيم بها الانسام......
وفي هذه الاثناء كان ذئب مخاتل يرصد الاغنام خلسة ويلتقت الى الكلاب فلا يجرؤ على الاقتراب....
وفجأه.....
ابصر الكلاب تقتتل وقد انشغل بعضها ببعض.......
ضحك الذئب مسرورا وقال في نفسه:
الان امكنتني الفرصة!
واقترب الذئب من القطيع فشاهد نعجة قاصية فوثب
عليها سريعا وانشب انيابه فيها .....
اخذت النعجة تثغو و تستغيث......
سمع الكلاب الثغاء الاليم فكفوا عن القتال وتركوا
الخصام والخلاف وانطلقوا جميعا الى الذئب
وحينما راهم مقبلين طار فؤاده ذعرا فافلت النعجة وانسل هاربا لا يلوي على شىء...
SEEKOR SERIGALA DENGAN BEBERAPA EKOR ANJING
Terdapat sekumpulan kambing yang
sedang meragut rumput di padang rumput, dengan damai dan tenang,
kambing-kambing itu tidak merasa takut dengan serigala kerana terdapat tiga
ekor anjing yang sedang menjaganya…
Dan di situ terdapat seorang
pengembala kambing yang baik hati yang sedang duduk di bawah bayangan pokok yang redup dan
rendang, sedang meniup seruling dengan mengalunkan
sebuah lagu yang sedap didengar, dan
dahan pokok di situ juga turut meliuk
lentuk dengan kemerduan alunan bunyi itu..
Dan pada ketika ini, terdapat seekor
serigala yang sedang mengendap dan mengintip kambing-kambing tersebut, dan
serigala itu turut terpandang ke arah beberapa ekor anjing, maka takutlah sang
serigala untuk mendekati dan menghampiri kambing-kambing itu..
Dan
tiba-tiba..
Serigala melihat anjing-anjing tersebut
bergaduh sesama sendiri, tanpa mengendahkan apa yang berlaku disekelilingnya..
Maka
ketawalah sang serigala dengan gembira dan berkata pada dirinya..
Sekarang inilah
peluang aku!
Maka sang serigala mendekati kawanan kambing itu, dia terlihat seekor
kambing betina yang duduk bersendirian, maka sang serigala terus menerkam dengan laju kearahnya, dengan membenamkan
gigi ke atas badan kambing betina tersebut, meronta-rontalah kambing betina itu
kerana kesakitan, lalu menjerit meminta pertolongan..
Terdengarlah anjing-anjing itu akan
jeritan sayu tersebut, lalu berhenti bergaduh dan dan melupakan persengketaan
sesama mereka, dan semuanya berlari ke arah
serigala tersebut, dan ketika melihat anjing-anjing itu menghampiri kearahnya, sang
serigala hatinya tawar dan ketakutan, maka dia segera melepaskan kambing betina
itu dan terus berlari menyelamatkan diri, tanpa mempedulikan apa-apa pun yang
berlaku..
No comments:
Post a Comment