Pada malam yang
pertama,
Kata Shahrazad, Saya dengar, wahai Raja yang bahagia, bahawa dahulu
kala ada seorang saudagar yang sangat kaya dan menjalankan urusniaga di negeri
tersebut. Suatu hari dia bermaksud untuk melakukan perjalanan perniagaan
ke negeri lain, cuaca sangat panas saudagar memutuskan untuk berteduh di bawah
pohon rendang sambil beristirahat. dia membuka bekalnya: roti dengan segenggam
kurma. Setelah selesai memakan kurma, dia melemparkan bijinya di sampingnya.
Muncullah Jin Ifrit yang
bertubuh tinggi besar dengan mata merah karena marah dan membawa sebilah pedang
yang terhunus. “Hei manusia, bangkitlah! Aku akan mengambil nyawamu seperti kau
telah mengambil nyawa anakku!” teriak jin Ifrit.
“Wahai Jin, bagaimana mungkin
aku membunuh anakmu sedangkan aku tidak mengenalnya, dan tidak pernah
melihatnya,” kata saudagar dengan ketakutan.
“Apa? Bukankah kau tadi yang
melemparkan biji-biji kurma ke arah batu-batu itu?” tanya jin.
“Ya betul,” kata saudagar.
“Aku mahu beritahu padamu,
bahawa salah satu darinya telah mengenai dada anakku. Lalu mati”, kata jin marah.
Saudagar tersebut berkata : “Ketahuilah
wahai Ifrit, sesungguhnya aku banyak hutang, banyak harta, anak-anak, isteri
dan aku mempunyai pajak gadai. Izinkanlah aku pulang ke rumah. Dan berilah aku
peluang untuk menunaikan hak-hak aku kepadanya. Kemudian aku akan datang kepada
mu semula seperti mana perjanjian kita dan lakukanlah apa yang kau mahu.
Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang aku perkatakan.
Dan jin itu mempercayai saudagar
itu serta mengizinkan dia pulang ke negerinya. Dia menunaikan semua
tanggungjawabnya dan memberitahu kepada isteri dan anaknya tentang perkara yang
berlaku. Maka menangislah mereka. Serta semua keluarga, isteri dan anak-anak dan duduk menasihatkan mereka untuk mencukupkan tahun dan kemudian pergi dan mengambil kafan dari bawah lengan beliau dan membiarkan keluarga, jiran-jiran dan semua keluarganya Mereka
tidak dapat menahan kesedihan dan tidak rela melepas pemergian saudagar itu. Setelah
berkata demikian, Saudagar mengucapkan salam dan pergi meninggalkan mereka.
Akhirnya saudagar tersebut tiba
di tempat yang telah ia janjikan. Dia menanti kedatangan Jin Ifrit di bawah
pohon tempat dia dulu berteduh dan menunggu kedatangan jin Ifrit dalam keadaan
menangis.
Ketika dia sedang menunggu,
tiba-tiba datang seorang syeikh yang membawa seekor rusa menghampirinya. Syeikh
tersebut mengucapkan salam dan mendoakannya semoga berumur panjang. Lalu
bertanya : Sebab apa saudagar itu duduk
di tempat yang merupakan sarang jin. Saudagar itu menceritakan kejadian
yang telah menimpanya.
Syeikh tersebut sangat kagum
mendengarnya, “Demi Allah wahai saudaraku, aku sangat kagum dengan keteguhan
janjimu. Dan kisah cerita yang menarik, dan kalaulah aku mencatatnya, pasti
akan dijadikan pengajaran. Kemudian dia duduk di sebelah saudagar tadi dan
berkata: “ Demi Allah sesungguhnya. Aku akan duduk di sampingmu dan tidak akan
meninggalkan tempat ini sampai aku melihat apa yang akan dilakukan jin itu
kepadamu” . Kemudian duduklah syeikh tersebut dan mendapati saudagar itu dalam
keadaan takut dan panik, sedih dan sangat memikirkan sesuatu.
Tidak berapa lama, datanglah
lagi seorang syeikh yang membawa 2 ekor anjing hitam di tangannya. Setelah
mengucapkan salam dan mendengar cerita mengenai si saudagar, syeikh yang kedua
ini pun memutuskan untuk ikut menunggu bersama mereka berdua.
Demikian pula ketika datang syeikh
ketiga yang membawa seekor kuda. Dia pun memutuskan utuk ikut menunggu
kedatangan jin ifrit.
Akhirnya ketika matahari sudah
menciptakan bayangan panjang, datanglah jin ifrit dengan matanya yang menyala
dan pedang terhunus.
“Serahkan nyawamu! Hari ini aku
akan membunuhmu seperti kau membunuh anakku!” seru jin sambil menyeret saudagar
hingga jatuh di tanah. Saudagar tersebut menangis dengan sangat memilukan
hingga ketiga syeikh pun turut merasakan kepedihannya. Syeikh yang pertama
menjatuhkan badannya di hadapan ifrit dan berkata: “Wahai raja dari semua jin,
dengan segala kerendahan hati, ku mohon bersabarlah sebentar dan dengarkanlah
kisahku dengan rusa yang kubawa ini. Jika kau merasa ceritaku lebih menarik
dari kisah saudagar yang hendak kau ambil nyawanya, maka ringankanlah sepertiga
dari hukumannya!”
Setelah berdiam diri sejenak,
akhirnya jin itu menjawab, “Baiklah!”
Maka Syeikh yang pertama itu menceritakan kisahnya. "Wahai raja jin yang baik. Ketahuilah, bahawa sebenarnya kijang ini adalah salah seorang sepupu hamba. Hamba telah menikahinya sejak dia masih kecil. Kami telah hidup berumah tangga selama tiga puluh tahun, namun kami tidak juga dikurniakan anak. Maka hamba menikahi salah seorang budak perempuan yang darinya hamba berhasil mendapatkan seorang anak lelaki. Memiliki wajah yang tampan seperti bulan purnama. Setelah lima belas tahun berlalu, dan putera hamba yang tampan itu telah membesar, tibalah saatnya hamba untuk pergi berdagang bersama seorang saudagar besar. Pada saat itu, sepupu hamba yang sekarang telah berubah menjadi kijang ini, telah menguasai ilmu sihir yang ternyata telah dipelajarinya sejak ia masih kecil. Seiring dengan pemergian hamba, dengan kemampuan yang dimilikinya, sepupu hamba ini menyihir putera hamba menjadi seekor anak sapi, sedangkan isteri hamba yang kedua disihir menjadi seekor sapi betina. Sepupu hamba yang jahat ini kemudian menyerahkan anak dan isteri hamba yang telah dia sihir itu kepada seorang penternak.
Maka Syeikh yang pertama itu menceritakan kisahnya. "Wahai raja jin yang baik. Ketahuilah, bahawa sebenarnya kijang ini adalah salah seorang sepupu hamba. Hamba telah menikahinya sejak dia masih kecil. Kami telah hidup berumah tangga selama tiga puluh tahun, namun kami tidak juga dikurniakan anak. Maka hamba menikahi salah seorang budak perempuan yang darinya hamba berhasil mendapatkan seorang anak lelaki. Memiliki wajah yang tampan seperti bulan purnama. Setelah lima belas tahun berlalu, dan putera hamba yang tampan itu telah membesar, tibalah saatnya hamba untuk pergi berdagang bersama seorang saudagar besar. Pada saat itu, sepupu hamba yang sekarang telah berubah menjadi kijang ini, telah menguasai ilmu sihir yang ternyata telah dipelajarinya sejak ia masih kecil. Seiring dengan pemergian hamba, dengan kemampuan yang dimilikinya, sepupu hamba ini menyihir putera hamba menjadi seekor anak sapi, sedangkan isteri hamba yang kedua disihir menjadi seekor sapi betina. Sepupu hamba yang jahat ini kemudian menyerahkan anak dan isteri hamba yang telah dia sihir itu kepada seorang penternak.
Ketika
hamba kembali dari perniagaan, hamba bertanya kepada sepupu hamba ke mana
perginya anak isteri hamba. Sepupu hamba ini menjawab bahawa istrei hamba telah
meninggal dunia, sedangkan putera hamba pergi entah ke mana. Sepupu hamba
ini berkata bahawa dia tidak mengetahui ke mana perginya putera hamba. Setahun
hamba tinggal sendirian di rumah. Hamba hanya mampu bersedih sampai akhirnya
tibalah hari raya korban. Kerana hamba berniat untuk mengadakan korban,
maka hamba memesan seekor sapi betina yang gemuk daripada seorang penjual sapi.
Penjual sapi itu kemudian datang dengan membawa seekor sapi yang gemuk. Sungguh
hamba tidak mengetahui bahwa sebenarnya sapi itu adalah isteri kedua hamba
sendiri yang telah disihir oleh isteri hamba yang pertama. Ketika hamba tengah
bersiap-siap untuk menyembelih sapi itu, dan pisau pemotong yang akan
hamba gunakan juga telah hamba hunuskan di depan sapi betina yang telah
dibaringkan, tiba-tiba sapi betina yang hamba beli itu menangis tersedu-sedu.
Kerana tak sampai hati hamba akhirnya menolak untuk menyembelih sapi itu dan
meminta agar si penjual sapi saja yang menyembelihnya. Penjual sapi itu sanggup
dan terus menyembelih sapi betina yang tidak lain adalah isteri hamba sendiri.
Penyembelihan selesai. Aneh. Tidak ada daging atau lemak yang dapat hamba ambil
dari sapi itu. Yang ada hanya kulit dan tulang. Sambil menyesali pilihan hamba,
kulit dan tulang sapi itu hamba berikan begitu saja kepada si penjual sapi dan
hamba kembali memesan untuk dibawakan seekor anak sapi yang gemuk. Penjual sapi
itu kembali memenuhi pesanan hamba, dan tak lama kemudian dia datang dan telah
membawa seekor anak sapi yang tidak lain adalah putera hamba yang telah disihir
oleh isteri hamba ini. Ketika anak sapi itu melihat hamba, anak sapi itu
menangis. Melihat keadaan itu, hamba sekali lagi menjadi tidak sampai hati
untuk menyembelihnya. Hamba pun berkata kepada si penjual sapi,
"Bawakanlah untukku seekor sapi betina yang lain."
Tanpa terasa, pagi telah tiba. Syahrazad menghentikan kisahnya. "Duhai,
indah nian cerita yang kakak sampaikan," Dunyazad memuji kakaknya. "Baiklah,
jika memang kau suka, kakak akan ceritakan selanjutnya kisah ini malam nanti.
Itu pun kalau Raja Syahrayar berkenan memberi kesempatan kepada kakakmu ini
untuk hidup satu malam lagi agar kakak dapat melanjutkan cerita kakak
tadi," jawab Syahrazad.
Mendengar perkataan itu Raja Syahrayar hanya berkata sendirian di
dalam hati, "Demi Allah, tak mungkin kubunuh gadis ini sebelum
kudengar sambungan kisah yang diceritakannya itu." Demikianlah,
malam pertama berlalu dengan aman dan damai. Raja Syahrayar yang
kejam keluar menuju ruang utama istana. Di luar ruangan, nampak menterinya telah
menunggu sambil membawa sehelai kain kafan yang dipersiapkan untuk mengubur puterinya.
Ketika bertemu menterinya itu, Raja Syahrayar hanya diam, sedangkan si menteri
tak berani berkata apa-apa dan hanya menelan kehairanan yang dirasakannya. Raja
Syahrayar berlalu, masuk ke dalam istananya.
No comments:
Post a Comment